Sunday, March 23, 2008

Ingin Membeli ShapeWorks

Ingin membeli ShapeWorks bagi Menurunkan Berat Badan Secara Sihat?

  1. Hanya RM170.00 untuk satu botol 550g sekali dengan harga penghantaran melalui pos laju.
  2. Dijamin berkesan untuk menurunkan berat Badan secara sihat. Wang akan dikembalikan jika tidak berkesan.
  3. Pembayaran melalui Bank In ke Bank Islam kepada Akaun 'Karya Cendekia' dengan no. Akaun: 01014010043946.
  4. SMS dan Talipon 019-7477936. atau E-Mail kamarulazmi@hotmail.com.
  5. Satu botol untuk dua minggu penggunaan.
  6. Aturan pengambilan ShapeWorks yang dicadangkan mestilah diikuti.
  7. Satu hidangan adalah 2.4g ShapeWorks (tiga sudu sukatan yang disertakan sekali dalam pembelian) yang dicampurkan dengan 250meliliter air.

Saturday, March 22, 2008

INGIN MENGURUSKAN BADAN DENGAN CARA SELAMAT? ANDA BOLEH MENCUBA TIPS-TIPS INI

Assalamualaikum....

Saya amat perihatin tentang soal kesihatan supaya kekal sihat dan cergas. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya kepada anda bagaimana saya menurunkan berat badan secara sihat. Secara dasar, untuk menentukan seorang itu mempunyai tubuh badan yang ideal adalah dengan melihat BMI sebagaimana dalam artikel saya yang lalu.

Semenjak 2007, berat badan saya telah meningkat kepada 75kg ketika kenyang dan 70kg ketika lapar. Dengan ketinggian 170cm dan berat badan 75kg ini, tahap BMI saya sudah tidak lagi ideal, dan agak berisi serta sembab. Saya telah membuat kajian dan pembacaan tentang kaedah untuk menurunkan berat badan secara sihat. Hasil daripada kajian dan pembacaan ini menunjukkan bahawa terdapat tiga langkah efektif yang boleh membantu untuk menurunkan berap badan secara sihat ini. Kaedah tersebut terdiri daripada tiga langkah, iaitu:
  1. Meningkatkan kapasiti air dalam badan.
  2. Bersenam atau beriadah.
  3. Makanan seimbang.
Meningkatkan Kapasiti Air dalam Badan

Air dalam badan merupakan keperluan yang paling utama dalam menurunkan berat badan sacara sihat. Ada alat penimbang yang boleh mengukur tahap air dalam badan seseorang. Namun, secara umumnya, seseorang perlu minum khususnya di waktu pagi sebanyak 2-3 liter air sehari. Dengan ini, badan mempunyai air yang cukup untuk membuang gula, lemak, toksin, racun yang terdapat dalam badan melalui perkumuhan. Sekalipun tanpa bersenam dan makanan seimbang seseorang masih boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan air yang tetap 2-3 Liter sehari. Melalui maklumat yang saya baca ini, saya cuba jalankan uji kaji pada diri saya sendiri selama dua minggu. Keputusannya memang signifikan, iaitu ada perubahan penurunan berat badan walaupun tidak besar.

Bersenam atau Beriadah

Tujuan bersenam ialah untuk meningkatkan motabalisme dalam badan seterusnya membakar kalori dalam badan. Sekurang-kurang seseorang itu perlu bersenam seminggu ialah tiga kali selama 20 minit. Sekurang-kurang bersenam ini tidaklah membantu sangat kepada penurunan berat badan tetapi lebih kepada mengaktifkan tubuh badan seterusnya meningkatkan motabalisme badan. Apabila motabalisme badan tinggi, tahap pembakaran dan perkumuhan juga akan menjadi cepat dan berkesan. Dengan bantuan air yang diminum pula, lebihan gula atau lemak dalam badan dapat disingkirkan melalui kumuhan. Sebab itu, tidak pelik ada orang yang kurus, walaupun makan banyak tetapi tetap slim dan kurus. Ini kerana, tahap motabalismenya sangat tinggi. Sedangkan, orang yang gemuk, walaupun makan sikit tetapi semakin memberat badannya kerana tahap motabalismenya rendah.

Secara kasar jika seseorang bersenam selama 20 minit dengan cara berjalan pantas, dia boleh membakar sebanyak 90 kalori dalam badan. Justeru, jikalau seseorang itu ingin menguruskan berat badannya dia perlu membakar kalorinya lebih daripada makanan yang dimakan disamping istiqamah bersenam bagi menambah tahap motabalisme dalam badan.

Makanan Seimbang

Formula mudah untuk mengurangkan berat badan adalah simple. Keperluan tenaga yang masuk ke dalam badan melalui pemakanan mestilah kurang daripada keperluan tenaga yang keluar melalui aktiviti seharian dan bersenam.

Input <> Sebagai contoh, untuk umur saya 35 tahun dengan berat badan 70kg dan ketinggin pula 170cm keperluan sehari untuk aktiviti biasa yang ringan seperti pergi ke pejabat, berjalan dan sebagainya ialah sebanyak 2172 kalori sehari. Pembahagian kalori yang disyorkan kepada saya mestilah dengan komposisi berikut:

  • Kabohidrat = 1303
  • Protin = 217
  • Lemak = 652

Maka, saya perlu mengambil calori kurang daripada 2172 kalori sehari tersebut mengikut komposisi yang dicadangkan. Misalnya, saya hanya mengambil 1500kalori sehari. Dengan ini, baki 672 kalori yang tidak cukup itu akan diambil daripada lemak-lemak dan asid amino yang disimpan dalam badan sejak beberapa tahun yang lalu yang sehinggakan berat badan saya meningkat.

Di sini significannya makanan kesihatan yang dicadangkan oleh penjual-penjual makanan kesihatan atau makanan untuk melangsingkan badan yang banyak dijual di kedai-kedai atau penjual jualan langsung. Tujuan makanan kesihatan ini adalah menyediakan makanan seimbang dalam kalori yang paling rendah.

Justeru, saya telah memilih satu produk makanan herba, iaitu ShapWorks keluaran Herbalife yang menggunakan bahan-bahan asli bagi menggantikan makanan yang saya ambil pada waktu pagi dan tengahari. Manakala pada waktu malam saya makan seperti biasa, iaitu Nasi sepinggang dengan ikan atau ayam dan sayur dan kadang-kadang ditambah dengan sedikit buah-buahan.

ShapeWorks Keluaran Herbalife

Malalui kombinasi tiga-tiga perkara di atas berdasarkan maklumat yang saya dapat, saya memprogramkan jadual makanan saya seperti berikut selama satu bulan setengah, iaitu:

  1. Pagi sebelum pergi kerja/belajar: Minum air masak/plainwater sebanyak 2 liter dan satu hidangan ShakeWorks.
  2. Tengah hari: Air masak/plainwater sebanyak 1 liter dan satu hidangan ShakeWorks.
  3. Petang selepas asar/sebelum Maghrib: Berjalan pantas selama 20 minit di mini gim di rumah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  4. Malam: makan seperti biasa.

Al-Hamdulillah, berat badan saya dapat diturunkan sebulan sebanyak 3.5kg dengan. Ini keputusan yang agak menarik untuk diri saya.

Sekian Dari Saya.

Tuesday, February 26, 2008

Pendidikan Kesihatan Diri

Assalamualaikum....

Saya cuba mengenali tahap kesihatan diri sendiri dengan mengikuti satu program penjagaan kesihatan diri. Daripada apa yang saya pelajari ada beberapa perkara yang seorang perlu tahu bagi mengekalkan kesihatan diri, iaitu:
  1. Umur: Perbezaan umur memerlukan perbezaan penjagaan kesihatan. Semakin tinggi umur seseorang semakin rendah tahap motabalisme diri. Dengan ini, seorang yang berumur makan dengan banyak akan memberi implikasi yang berbeza dengan seorang remaja yang makan banyak.
  2. Indeks Lemak Badan (ILB): Tahap lemak dalam badan boleh diukur. Keperluan lemak dalam badan juga berbeza dengan perbezaan umur. Semakin tinggi umur seseorang semakin tinggi keperluan lemak dalam badan. Namun, jumlah lemak yang melebih keperluan umur pula akan memudaratkan diri seseorang. Begitu juga perbezaan jantina juga menentukan jumlah lemak yang berbeza antara lelaki dan wanita. Wanita memerlukan lemak yang lebih berbanding lelaki. Walaupun begitu tahap lemak dalam badan wanita juga perlu dikawal supaya tidak tinggi atau terlalu tinggi.
  3. Indeks Air Badan (IAB): Seorang kanak-kanak memerlukan jumlah air yang tinggi dalam badan. manakala seorang dewasa lelaki memerlukan jumlah air yang lebih tinggi daripada wanita dewasa.
  4. Indeks Otot Badan (IOB) dan Tahap Fizikal (TF): Keseluruhan otot boleh ditimbang dalam bentuk kg. Daripada jumlah kepadatan berat otot ini barulah tahap fizikal otot boleh diukur kepada 9 peringkat, iaitu:
    1. Gemuk yang tersembunyi
    2. Gemuk
    3. Otot Baru Terbina
    4. Standard
    5. Otot padat
    6. Kurus
    7. Kurus dan Berotot Padat
    8. Otot yang Sangat Padat
  5. Keadaan Umur Metabolisme (Basal Metabolic Rate or BMR): BMR merupakan keperluan jumlah kalori badan apabila berada dalam rehat. Memahami BMR akan membolehkan seseorang mengawal keperluan jumlah kalori dalam badan bergantung kepada cara hidup dan fizikal. Semakin banyak otot atau aktiviti sehari-hari dilakukan, maka semakin banyak jumlah kalori diperlukan. BMR juga boleh meningkatkan tahap umur (kecergasan) badan anda. BMR penting untuk diketahui oleh pemilik kerana tahap umur badan yang lebih tinggi daripada umur sebenar memerlukan seseorang memperbaiki BMR-nya. Untuk meningkatkan BMR ini seseorang perlu meningkatkan senaman agar otot dapat dibina dengan lebih sihat. Dengan itu akan memudahkan kalori dibakar seterusnya dia akan dapat meningkat tahap umur badan.
  6. Kepadatan tulang (KT). Kepadatan tulang juga boleh diukur dalam kg. Kepadatan tulang yang diperlukan oleh lelaki adalah berbeza daripada kepadatan tulang yang diperlukan oleh lelaki. Jumlah kepadatan tulang lelaki biasanya lebih tinggi daripada wanita. KT ini juga berbeza berdasarkan berat badan seseorang.
  7. Lemak Viscera (LV): LV bermaksud tahap lemak yang terdapat disekeliling perut dan jantung. Penjagaan LV ini sangat penting kerana tahap LV yang tinggi sudah tentu meningkatkan risiko Darah TInggi, sakit jantung dan kencing manis jenis dua.
Inilah kesemua perkara yang penting yang perlu seseorang tahu tetap tahap dirinya. Perbahasan yang panjang lebar akan dibuat pada sesi post yang berikutnya.

Monday, February 25, 2008

Mengukur Tahap Kesihatan Anda

Terdapat empat tiga ukuran utama untuk melihat tahap kesihatan seseorang, iaitu:
  1. Body Must Indeks (BMI): Untuk mengukur BMI ini anda boleh melawat halaman ini.
  2. Pengambilan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan: Untuk mengukur jumlah kalori ini anda boleh melawat halaman ini.
  3. Jumlah degupan jantung semasa berkeadaan biasa dan semasa aktif: Untuk mengukur tahap yang sesuai untuk badan anda, sila lawat halaman ini.
Bagi memudahkan pembaca mengukur tahap kesihatan mereka melalui indeks yang ada di internet, Converter indeks diperlukan.

Mudah-mudahan halaman ini menjadi pedoman.