Tuesday, February 26, 2008

Pendidikan Kesihatan Diri

Assalamualaikum....

Saya cuba mengenali tahap kesihatan diri sendiri dengan mengikuti satu program penjagaan kesihatan diri. Daripada apa yang saya pelajari ada beberapa perkara yang seorang perlu tahu bagi mengekalkan kesihatan diri, iaitu:
  1. Umur: Perbezaan umur memerlukan perbezaan penjagaan kesihatan. Semakin tinggi umur seseorang semakin rendah tahap motabalisme diri. Dengan ini, seorang yang berumur makan dengan banyak akan memberi implikasi yang berbeza dengan seorang remaja yang makan banyak.
  2. Indeks Lemak Badan (ILB): Tahap lemak dalam badan boleh diukur. Keperluan lemak dalam badan juga berbeza dengan perbezaan umur. Semakin tinggi umur seseorang semakin tinggi keperluan lemak dalam badan. Namun, jumlah lemak yang melebih keperluan umur pula akan memudaratkan diri seseorang. Begitu juga perbezaan jantina juga menentukan jumlah lemak yang berbeza antara lelaki dan wanita. Wanita memerlukan lemak yang lebih berbanding lelaki. Walaupun begitu tahap lemak dalam badan wanita juga perlu dikawal supaya tidak tinggi atau terlalu tinggi.
  3. Indeks Air Badan (IAB): Seorang kanak-kanak memerlukan jumlah air yang tinggi dalam badan. manakala seorang dewasa lelaki memerlukan jumlah air yang lebih tinggi daripada wanita dewasa.
  4. Indeks Otot Badan (IOB) dan Tahap Fizikal (TF): Keseluruhan otot boleh ditimbang dalam bentuk kg. Daripada jumlah kepadatan berat otot ini barulah tahap fizikal otot boleh diukur kepada 9 peringkat, iaitu:
    1. Gemuk yang tersembunyi
    2. Gemuk
    3. Otot Baru Terbina
    4. Standard
    5. Otot padat
    6. Kurus
    7. Kurus dan Berotot Padat
    8. Otot yang Sangat Padat
  5. Keadaan Umur Metabolisme (Basal Metabolic Rate or BMR): BMR merupakan keperluan jumlah kalori badan apabila berada dalam rehat. Memahami BMR akan membolehkan seseorang mengawal keperluan jumlah kalori dalam badan bergantung kepada cara hidup dan fizikal. Semakin banyak otot atau aktiviti sehari-hari dilakukan, maka semakin banyak jumlah kalori diperlukan. BMR juga boleh meningkatkan tahap umur (kecergasan) badan anda. BMR penting untuk diketahui oleh pemilik kerana tahap umur badan yang lebih tinggi daripada umur sebenar memerlukan seseorang memperbaiki BMR-nya. Untuk meningkatkan BMR ini seseorang perlu meningkatkan senaman agar otot dapat dibina dengan lebih sihat. Dengan itu akan memudahkan kalori dibakar seterusnya dia akan dapat meningkat tahap umur badan.
  6. Kepadatan tulang (KT). Kepadatan tulang juga boleh diukur dalam kg. Kepadatan tulang yang diperlukan oleh lelaki adalah berbeza daripada kepadatan tulang yang diperlukan oleh lelaki. Jumlah kepadatan tulang lelaki biasanya lebih tinggi daripada wanita. KT ini juga berbeza berdasarkan berat badan seseorang.
  7. Lemak Viscera (LV): LV bermaksud tahap lemak yang terdapat disekeliling perut dan jantung. Penjagaan LV ini sangat penting kerana tahap LV yang tinggi sudah tentu meningkatkan risiko Darah TInggi, sakit jantung dan kencing manis jenis dua.
Inilah kesemua perkara yang penting yang perlu seseorang tahu tetap tahap dirinya. Perbahasan yang panjang lebar akan dibuat pada sesi post yang berikutnya.

No comments: